Tue. Dec 3rd, 2024

Di sini kasih pernah berbunga
Tiada harum, tiada warna
Di sini cinta pernah membara
Tanpa bahang dan tanpa apinya
Begini yang kurasa
Hidup kita berduaDi sini langit mendung selalu
Tiada cahya menyinariku
Di sini aku tiada berdaya
Mengikut kata tanpa bicara
Kerana engkau tahu
Aku tidak sepadan denganmuHubungan kita suatu persinggahan
Bukan pengabadian yang rela
Pemergianku, oh, kerana terpaksa
Demi hidup yang lebih sempurnaAnggaplah kehadiranku
Hanya satu persinggahan
Aku tidak menjanjikan mahligai impian
Sebagaimana kau harapkanBiarlah jauh dari pandangan
Dari pada dekat penuh siksa
Biar berduka, biar melara
Dari sengketa sepanjang masa
Janganlah engkau harap
Ku menghambakan diriNanti kau tahu ertinya sepi
Bagaikan pisau menghiris hati
Nanti kau tahu ertinya rindu
Bagai tersusuk duri sembilu
Batin akan tersiksa
Jasad pasti merana olehnyaHubungan kita suatu persinggahan
Bukan pengabadian yang rela
Pemergianku, oh, kerana terpaksa
Demi hidup yang lebih sempurnaAnggaplah kehadiranku
Hanya satu persinggahan
Aku tidak menjanjikan mahligai impian

By GudSong

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *